Cari AirPods anda yang hilang dengan Cari
Cari boleh menunjukkan AirPods anda pada peta, memainkan bunyi untuk membantu anda menemukan AirPods itu dan membantu anda mencari lokasi tepat apabila peranti itu berada berdekatan.
Buka aplikasi Cari pada iPhone anda.
Ketik Peranti, kemudian pilih AirPods anda. Jika AirPods anda tidak mempunyai bekas, anda mungkin perlu memilih putik kiri atau putik kanan. Dengan AirPods 4 (ANC) atau AirPods Pro 2 dan lebih baharu, anda juga boleh menandakan setiap AirPods dan bekas anda sebagai hilang secara berasingan, sekiranya anda kehilangan hanya salah satu putik atau AirPods anda terpisah daripada bekas.
Cari AirPods anda pada peta.
Jika AirPods itu tidak berada berdekatan anda, ketik Dapatkan Arah untuk membuka lokasi peranti itu dalam Peta.
Jika anda berada berdekatan, ketik Mainkan Bunyi dan dengar siri bunyi bip.
Bergantung pada model AirPods atau iPhone, anda juga mungkin melihat pilihan untuk Cari Berdekatan. Ketik pilihan itu, tunggu AirPods anda bersambung kepada iPhone anda, kemudian ikut gesaan untuk mencari AirPods anda.
Jika anda tidak mempunyai iPhone atau peranti Apple lain untuk menggunakan Cari, anda juga boleh mencari AirPods anda di iCloud.com/find — tetapi pengalaman ini mungkin berbeza dan sesetengah fungsi mungkin tidak tersedia.
Jika AirPods anda di "Luar Talian" atau menunjukkan "Tiada lokasi ditemukan"
Jika AirPods anda berada di luar jangkauan atau perlu dicas, anda mungkin melihat lokasi terakhir peranti itu yang diketahui. Anda juga mungkin melihat "Luar talian" atau "Tiada lokasi ditemukan".
Anda mungkin boleh mendapatkan arah ke lokasi terakhir peranti itu yang diketahui — tetapi anda tidak akan dapat memainkan bunyi atau menggunakan Cari Berdekatan.
Jika peranti itu kembali dalam talian, anda akan menerima pemberitahuan pada iPhone anda (atau peranti Apple lain yang anda gunakan).
Jika anda tidak menemukan AirPods anda
Buka aplikasi Cari, kemudian pilih AirPods anda dan leret ke atas.
Di bawah Hilang [peranti], ketik Mod Hilang atau Tunjukkan Maklumat Hubungan.
Ikut langkah pada skrin untuk memaparkan maklumat hubungan anda. Ini membolehkan seseorang menghubungi anda jika mereka menemukan AirPods anda.
Bersedia pada masa akan datang dengan rangkaian Cari dan Maklumkan Apabila Tertinggal
Ingin membantu dalam memastikan anda menemukan AirPods anda selepas ini?
Rangkaian Cari ialah rangkaian tanpa nama yang disulitkan untuk ratusan juta peranti Apple yang boleh membantu anda mencari AirPods anda, walaupun AirPods itu berada di luar talian. Peranti berdekatan menghantar lokasi AirPods anda yang hilang ke iCloud dengan selamat, supaya anda boleh mencari tempat AirPods anda berada. Semuanya secara tanpa nama dan disulitkan untuk melindungi privasi semua orang. Untuk memastikan ciri ini dihidupkan: Pada iPhone, buka aplikasi Seting, kemudian ketik Bluetooth. Ketik
di sebelah AirPods anda, kemudian tatal ke bawah ke Rangkaian Cari dan pastikan ciri itu dihidupkan.Dengan Maklumkan Apabila Tertinggal, iPhone atau Apple Watch anda boleh memaklumkan kepada anda apabila anda tertinggal AirPods anda yang disokong di lokasi yang tidak diketahui.
Ketahui lebih lanjut tentang rangkaian Cari dan AirPods anda
Jika anda masih tidak menemukan AirPods anda, anda boleh membeli pengganti.
Rangkaian Cari mungkin tidak tersedia di sesetengah negara dan rantau disebabkan oleh undang-undang tempatan.