Sediakan TV anda untuk memainkan dan mengawal video menggunakan Siri
Ketahui cara menyediakan TV anda untuk menggunakan Siri bagi memainkan video di dalam bilik yang ingin anda tonton, hantar video yang anda tonton pada iPhone anda kepada TV anda dan kawal TV anda hanya dengan menggunakan suara anda.
Berikut perkara yang anda perlukan
Tambahkan TV anda pada aplikasi Home
Minta Siri supaya memainkan dan mengawal video
Berikut merupakan perkara yang anda perlukan
iPhone, iPad atau HomePod
Apple TV 4K, Apple TV HD atau TV pintar yang serasi dengan AirPlay
Mula-mula tambahkan TV anda pada aplikasi Home
Sebelum anda boleh menggunakan Siri pada iPhone atau iPad anda untuk memainkan dan mengawal video pada TV anda, anda mesti menambahkan TV anda pada aplikasi Home.
Tambahkan Apple TV anda pada aplikasi Home
Buka Seting pada Apple TV anda.
Pilih AirPlay dan HomeKit.
Pilih Bilik, kemudian pilih bilik atau tambahkan bilik baharu.
Tambahkan TV pintar yang serasi dengan AirPlay pada aplikasi Home
Hidupkan TV anda.
Buka aplikasi Home pada iPhone atau iPad anda, ketik
, kemudian ketik Tambah Aksesori.Imbas kod QR pada TV dan ikut arahan pada iPhone atau iPad anda untuk menambahkan TV. Rujuk pengilang atau manual TV anda untuk menentukan cara mengakses kod QR.
Tetapkan TV anda kepada bilik dan namakan TV untuk membantu anda mengenal pasti dan mengawal TV.
Kemudian minta Siri supaya memainkan dan mengawal video
Selepas anda menambahkan TV anda pada aplikasi Home, anda boleh meminta Siri pada iPhone atau iPad anda supaya memainkan dan mengawal video.1,2
Minta Siri supaya memainkan video pada Apple TV anda:
"Mainkan Greenland pada TV di ruang tamu."
"Tonton episod terbaharu Ted Lasso pada Apple TV di bilik tidur."
Gunakan Siri untuk menghantar kandungan yang anda tonton kepada Apple TV atau TV pintar yang serasi dengan AirPlay:
"Mainkan ini pada TV di ruang tamu."
"Mainkan ini pada Apple TV di bilik tidur."
Minta Siri supaya menghidupkan atau mematikan Apple TV atau TV pintar yang serasi dengan AirPlay, atau memainkan, menjeda, mengundur dan mengawal perkara yang dimainkan pada Apple TV anda:
"Hidupkan TV di ruang tamu."
"Hentikan Apple TV di bilik tidur."
"Mainkan Apple TV di bilik tidur."
"Langkau 30 saat pada TV di ruang tamu."
Sesetengah aplikasi dan perkhidmatan video memerlukan langganan untuk memainkan kandungan.
Ketersediaan, ciri dan perintah Siri berbeza-beza mengikut bahasa, negara dan rantau. Ketahui ciri Siri yang disokong di setiap negara dan rantau.
Perlukan bantuan lanjut?
Beritahu kami lebih lanjut tentang perkara yang berlaku dan kami akan mencadangkan tindakan yang boleh anda lakukan seterusnya.