Download - Apple WatchOS 3.0 - 3.2.3

System Requirements:

  • iPhone 5 atau lebih baru

watchOS 3.2.3

Kemas kini ini termasuk peningkatan dan pembetulan pepijat.

Untuk mendapatkan maklumat tentang kandungan keselamatan kemas kini perisian Apple, sila lawati tapak web ini:

https://support.apple.com/en-my/HT201222

watchOS 3.2.2

Kemas kini ini termasuk peningkatan dan pembetulan pepijat.

Untuk mendapatkan maklumat tentang kandungan keselamatan kemas kini perisian Apple, sila lawati tapak web ini:

https://support.apple.com/en-my/HT201222

watchOS 3.2

  • Siri kini berfungsi dengan aplikasi daripada App Store untuk memulakan latihan, menghantar mesej, membuat pembayaran, menempah kenderaan dan banyak lagi.

  • Seting Mod Pawagam mengaktifkan mod senyap dan memastikan skrin gelap sehingga anda mengetik padanya, walaupun anda mengangkat pergelangan.

  • Coretan kini tersedia dalam bahasa Perancis, Sepanyol dan Itali.

  • Kemajuan penyelarasan senarai main muzik kini dipaparkan dalam aplikasi Apple Watch pada iPhone.

Untuk mendapatkan maklumat tentang kandungan keselamatan kemas kini perisian Apple, sila lawati tapak web ini:

https://support.apple.com/en-my/HT201222

watchOS 3.1.3

Kemas kini ini termasuk peningkatan dan pembetulan pepijat.

Untuk mendapatkan maklumat tentang kandungan keselamatan kemas kini perisian Apple, sila lawati tapak web ini:

https://support.apple.com/en-my/HT201222

watchOS 3.1.1

  • Membetulkan isu yang boleh menghalang nama kenalan daripada kelihatan dalam aplikasi dan pemberitahuan Mesej

  • Membetulkan isu yang boleh memberi kesan pada keupayaan untuk membalas pemberitahuan

  • Menyelesaikan isu yang menyebabkan komplikasi Saham mungkin tidak dikemas kini pada muka jam

  • Membetulkan isu yang mungkin menghalang gelang Aktiviti daripada dipaparkan pada muka jam Aktiviti

  • Membetulkan isu yang menghalang dail pada muka jam analog daripada kelihatan selepas menukar unit suhu dalam aplikasi Cuaca

  • Menyelesaikan isu yang boleh menyebabkan aplikasi Peta kekal dilancarkan selepas navigasi tamat

  • Menyelesaikan isu yang boleh menyebabkan tarikh yang salah dipaparkan dalam paparan bulan aplikasi Kalendar

Untuk mendapatkan maklumat tentang kandungan keselamatan kemas kini perisian Apple, sila lawati tapak web:

https://support.apple.com/en-my/HT201222

watchOS 3.1

  • Pilihan baru untuk memainkan semula kesan gelembung dan skrin penuh dalam Mesej

  • Kesan mesej boleh dimainkan dengan Kurangkan Pergerakan didayakan

  • Membetulkan isu yang boleh menyebabkan pemberitahuan untuk Pemasa selesai dihantar dua kali

  • Menyelesaikan isu yang boleh menghalang Apple Watch Series 2 daripada mengecas sepenuhnya

  • Menyelesaikan isu yang menyebabkan gelang Aktiviti mungkin hilang daripada muka jam

  • Membetulkan isu yang menghalang pilihan Force Touch daripada kelihatan dalam sesetengah aplikasi pihak ketiga

Untuk mendapatkan maklumat tentang kandungan keselamatan kemas kini perisian Apple, sila lawati tapak web ini:

https://support.apple.com/en-my/HT201222

watchOS 3.0

Prestasi dan Navigasi

  • Tekan butang sisi untuk mengakses aplikasi kegemaran anda dalam Dock

  • Aplikasi dalam Dock dilancarkan serta merta dengan maklumat yang telah dikemas kini

  • Tambah sehingga 10 aplikasi dalam Dock, kawal muzik daripada Kini Dimainkan atau lancarkan aplikasi terbaru yang anda gunakan

  • Leret dari pinggir ke pinggir untuk menukar muka jam anda dengan cepat

  • Leret ke atas dari bahagian bawah muka jam anda untuk mengakses seting penting dalam Pusat Kawalan

Muka Jam

  • Muka jam Minnie Mouse, Aktiviti dan Angka baru

  • Komplikasi kini tersedia pada Foto, Album Foto, Selang Masa dan Pergerakan

  • Komplikasi baru termasuk Latihan, Muzik dan Mesej

  • Galeri Muka baru dalam aplikasi Apple Watch pada iPhone untuk menambah dan menyesuaikan muka jam

  • Temui dan tambah komplikasi pihak ketiga dalam Galeri Muka

Aktiviti

  • Keupayaan untuk berkongsi dan membandingkan gelang Aktiviti anda

  • Tarafkan mengikut abjad, atau mengikut kemajuan ke arah matlamat Pergerakan, matlamat Senaman, langkah atau latihan hari ini

  • Pemberitahuan automatik apabila rakan melengkapkan gelang mereka, menyelesaikan latihan atau memperoleh pencapaian

  • Balasan pintar tersuai untuk memberikan dorongan atau menyindir

  • Tab Perkongsian baru dalam aplikasi Aktiviti pada iPhone untuk melihat sejarah

Latihan

  • Mula Cepat untuk latihan yang paling biasa digunakan

  • Berbilang paparan metrik, yang boleh disesuaikan untuk setiap jenis latihan

  • Gerak isyarat baru untuk menjeda, meneruskan dan menandakan segmen

  • Label untuk latihan “Lain” untuk menjejak Yoga, Pilates, Latihan Silang dan banyak lagi

  • Jeda auto untuk latihan berlari

  • Sokongan Siri untuk menjeda, meneruskan dan menamatkan latihan

  • Peta laluan dengan penunjuk kelajuan untuk latihan luar

Penggunaan kerusi roda

  • Gelang aktiviti dioptimumkan untuk pengguna kerusi roda

  • Mengambil kira kelajuan, muka bumi dan teknik menolak yang berbeza-beza

  • Tolakan menyumbang kepada matlamat kalori seharian

  • Pemberitahuan masa untuk pusing dan gelang pusing

  • Latihan Kadar Larian Luar dan Kadar Berjalan Luar baru

Bernafas

  • Aplikasi Bernafas baru untuk meluangkan sedikit masa dalam hari anda bagi sesi pernafasan dalam yang ringkas

  • Visualisasi yang menenangkan dan isyarat haptik membimbing anda semasa anda menarik dan menghembus nafas

  • Laraskan panjang sesi dan nafas seminit

  • Ringkasan selepas pelengkapan termasuk kadar jantung

  • Peringatan masa untuk bernafas

  • Ringkasan mingguan

Komunikasi

  • Pemesejan Ekspresif

    • Kesan skrin penuh untuk meraikan detik-detik istimewa

    • Tapback untuk membalas mesej, pautan dan foto dengan pantas

    • Mesej tulisan tangan dianimasikan seperti dakwat pada kertas

    • Hantar pelekat terbina dalam atau pihak ketiga terbaru

    • Lihat mesej rahsia dengan dakwat halimunan

  • Coretan

    • Tulis perkataan pada paparan dan Apple Watch akan menukar tulisan tangan kepada teks

    • Gunakan Digital Crown untuk skrol menerusi pilihan ramalan

    • Tersedia dalam bahasa Inggeris (AS), Cina Tradisional dan Cina Ringkas

  • Pilihan balasan tersedia dalam pemberitahuan Mesej dan Mail, termasuk Digital Touch, emoji dan balasan pintar

  • Emoji baru, termasuk pilihan kepelbagaian jantina untuk watak sedia ada, variasi keluarga ibu bapa tunggal, bendera pelangi dan reka bentuk semula emoji popular

  • SOS Kecemasan

    • Tekan dan terus tahan butang sisi untuk memanggil perkhidmatan kecemasan

    • Maklumkan kenalan SOS dan kongsi lokasi anda secara automatik

    • Paparkan ID Perubatan anda dengan maklumat tentang ubat, alahan dan keadaan perubatan

    • Laraskan nombor kecemasan mengikut lokasi semasa anda

Rumah

  • Aplikasi Rumah baru untuk mengawal aksesori didayakan HomeKit

  • Dayakan suasana yang dicipta pada iPhone anda untuk mengawal kumpulan aksesori dengan hanya satu ketikan

  • Kawal aksesori kegemaran dari pergelangan tangan anda, malah secara jauh dengan Apple TV atau iPad

  • Sokongan untuk kamera IP untuk melihat video langsung dalam pemberitahuan kaya dan kawalan aksesori

Peningkatan lain

  • Aplikasi Peringatan baru untuk mengurus peringatan berjadual, senarai runcit dan banyak lagi

  • Aplikasi Cari Rakan Saya baru untuk melihat lokasi rakan dan keluarga

  • Bayar dengan Apple Pay dalam aplikasi pihak ketiga

  • Padam peristiwa dan bertukar kalendar dalam aplikasi Kalendar

  • Sokongan untuk panggilan Audio FaceTime terus daripada Apple Watch

  • Cari Seting dalam aplikasi Apple Watch pada iPhone

  • Kawalan aplikasi Kamera untuk Denyar, Live Photos, HDR, Zum, Jujukan dan menghadap Depan atau Belakang

  • Sokongan Siri untuk bahasa Sepanyol (Chile), Cina (Kantonis - tanah besar China), Inggeris (Ireland), Inggeris (Afrika Selatan)

Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia untuk semua peranti, negara atau semua kawasan.

Untuk mendapatkan maklumat tentang kandungan keselamatan kemas kini perisian Apple, sila lawati tapak web ini: https://support.apple.com/kb/HT201222?viewlocale=en_MY

Bahasa yang Disokong:  Bahasa Indonesia, British English, Crna Gora, Dansk, Deutsch, Eesti, English, Español, Français, Hrvatski, Italiano, Latviešu, Lietuvių, Magyar, Melayu (Malaysia), Nederlands, Norsk Bokmål, Polski, Português, Português (Brasil), Pусский, Română, Shqip, Slovenčina, Slovenščina (Slovenija), Suomi, Svensk, Tiếng Việt, Türkçe, Íslenska, Čeština, Ελληνικά, Български, Македонија, Українська, עברית, العربية (مصر), ไทย, 日本語, 简体中文, 繁體中文, 한국어
Tarikh Diterbitkan: