Download - Apple WatchOS 2.0 - 2.2.2

System Requirements:

  • iPhone 5 atau lebih baru

WatchOS 2.2.2

Keluaran ini mengandungi pembetulan pepijat dan kemas kini keselamatan.

Untuk mendapatkan maklumat tentang kandungan keselamatan kemas kini perisian Apple, sila lawati tapak web ini:

https://support.apple.com/en-my/HT201222

WatchOS 2.2.1

Keluaran ini mengandungi pembetulan pepijat dan kemas kini keselamatan.

Untuk mendapatkan maklumat tentang kandungan keselamatan kemas kini perisian Apple, sila lawati tapak web ini:

https://support.apple.com/en-my/HT201222

WatchOS 2.2

Kemas kini ini termasuk sokongan untuk memasangkan berbilang jam kepada satu iPhone, peningkatan Peta dan sokongan bahasa baru. Keluaran ini turut termasuk peningkatan tambahan dan pembetulan pepijat.

  • Menambah sokongan untuk memasangkan berbilang Apple Watch kepada satu iPhone

  • Menambah Berdekatan dalam Peta untuk melayari tempat di sekeliling anda mengikut kategori, termasuk Makanan, Beli-belah dan banyak lagi

  • Menambah sokongan untuk bahasa sistem dalam Bahasa Catalan, Croatia, Slovakia, Romania dan Ukraine

  • Menambah sokongan untuk perencanaan dalam Bahasa Catalan, Croatia, Slovakia, Romania, Ukraine dan Inggeris (Arab Saudi, UAE dan Indonesia)

  • Menambah sokongan untuk Siri dalam Bahasa Melayu, Finland dan Ibrani

  • Meningkatkan kekerapan ukuran kadar jantung latar belakang semasa anda berada pegun

Untuk mendapatkan maklumat tentang kandungan keselamatan kemas kini ini, sila lawati tapak web ini:

http://support.apple.com/kb/HT1222?viewlocale=en_MY

WatchOS 2.1

Kemas kini ini termasuk sokongan bahasa baru dan pembetulan pepijat.

  • Menambah sokongan untuk bahasa sistem dalam Bahasa Arab, Czech, Greek, Ibrani, Hungary, Melayu, Portugis (Portugal) dan Vietnam

  • Menambah sokongan untuk antara muka pengguna Kanan ke Kiri

  • Menambah keupayaan untuk bertukar antara angka Latin dan Hindi untuk Bahasa Arab

  • Menambah komplikasi baru untuk Kalendar Islam dan Ibrani

  • Menambah sokongan untuk Siri dan perencanaan dalam Bahasa Arab (Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu)

  • Menambah sokongan untuk perencanaan dalam Bahasa Inggeris (Malaysia), Czech, Greek, Ibrani, Hungary, Portugis (Portugal) dan Vietnam

  • Menyelesaikan isu yang boleh menghalang peristiwa daripada dikemas kini dalam komplikasi Kalendar

  • Membetulkan isu yang boleh menghalang masa daripada dipaparkan dalam mod Rizab Kuasa

  • Menangani isu yang boleh menghalang aplikasi pihak ketiga daripada dilancarkan

  • Membetulkan isu yang boleh menghalang ikon aplikasi pihak ketiga daripada dipaparkan dengan betul

  • Membetulkan isu yang boleh menyebabkan ketidakstabilan apabila menukar bahasa sistem

Untuk mendapatkan maklumat tentang kandungan keselamatan kemas kini ini, sila lawati tapak web ini:

http://support.apple.com/kb/HT1222?viewlocale=en_MY

WatchOS 2.0.1

Kemas kini ini mengandungi aksara emoji baru, peningkatan prestasi dan pembetulan pepijat, termasuk:

  • Membetulkan isu yang boleh menyebabkan kemas kini perisian tergendala

  • Membetulkan isu yang memberi kesan pada prestasi bateri

  • Menyelesaikan isu yang menghalang iPhone terurus daripada menyelaraskan peristiwa Kalendar iOS ke Apple Watch

  • Menangani isu yang boleh menghalang maklumat lokasi daripada dikemas kini dengan betul

  • Membetulkan isu yang boleh menyebabkan Digital Touch menghantar daripada alamat e-mel berbanding nombor telefon

  • Menyelesaikan isu yang boleh menyebabkan ketidakstabilan apabila menggunakan Live Photo sebagai muka jam

  • Menyelesaikan isu yang menyebabkan sensor kekal aktif selama-lamanya apabila menggunakan Siri untuk mengukur kadar jantung

Untuk mendapatkan maklumat tentang kandungan keselamatan kemas kini ini, sila lawati tapak web ini: http://support.apple.com/kb/HT1222?viewlocale=en_MY

WatchOS 2.0

Kemas kini ini mengandungi ciri dan keupayaan baru untuk pengguna dan pembangun, termasuk yang berikut:

  • Muka jam dan ciri penjagaan masa baru

    • Video selang masa Hong Kong, London, Tasik Mack, New York, Shanghai dan Paris

    • Foto dan Album Foto supaya anda boleh melihat imej kegemaran anda setiap kali anda mengangkat pergelangan tangan anda, termasuk sokongan untuk Live Photos

    • Kembara Masa dengan Digital Crown untuk melihat perkara akan datang atau yang telah berlaku pada masa lalu

    • Mod Meja Sisi supaya Watch anda boleh digunakan sebagai jam penggera tepi katil

    • 9 warna baru untuk menyesuaikan muka jam anda dan muka Modular berbilang warna yang baru

    • Sokongan untuk aplikasi pihak ketiga untuk mencipta komplikasi

  • Peningkatan Siri

    • Mulakan latihan khusus, dapatkan arah transit atau minta untuk melihat sekilas pandang

    • Sokongan untuk panggilan audio FaceTime dan membalas e-mel

    • Sokongan bagi HomeKit untuk mengawal peranti yang disokong di rumah anda menggunakan Siri

    • Sokongan baru untuk negara Austria, Belgium (bahasa Perancis dan Belanda) dan Norway

  • Peningkatan Aktiviti dan Latihan

    • Latihan daripada aplikasi pihak ketiga pada Watch boleh disertakan dalam gelang Aktiviti anda

    • Gelang aktiviti, latihan dan pencapaian boleh dikongsi daripada aplikasi Aktiviti pada iPhone

    • Pencapaian interaktif

    • Ringkasan mingguan atas permintaan

    • Senyapkan pemberitahuan Aktiviti untuk satu hari

    • Latihan disimpan secara automatik

  • Peningkatan Apple Pay dan Wallet

    • Sokongan untuk kad Discover

    • Sokongan untuk kad ganjaran dan kad kredit serta debit kedai

    • Tambah pas pada Wallet terus daripada aplikasi pihak ketiga pada Watch anda

  • Peningkatan Rakan dan Digital Touch

    • Tambah lebih daripada 12 Rakan terus daripada Apple Watch

    • Berbilang kumpulan Rakan yang boleh anda namakan

    • Hantar lakaran menggunakan berbilang warna

    • Pilihan baru untuk emoji beranimasi

  • Peningkatan Peta

    • Paparan Transit, menunjukkan laluan transit, stesen dan sambungan antara mod di bandar raya utama terpilih

    • Lihat senarai arah untuk laluan semasa anda

    • Lihat sepanduk stesen dengan maklumat bertolak

  • Peningkatan Muzik

    • Butang Beats 1 baru untuk mula memainkan stesen radio 24/7

    • Butang Main Segera baru untuk memainkan pelbagai lagu daripada Apple Music

  • Balas e-mel menggunakan perencanaan, emoji atau balasan pintar yang disesuaikan secara khusus untuk e-mel

  • Buat dan terima panggilan menggunakan audio FaceTime

  • Sokongan untuk panggilan Wi-Fi tanpa iPhone berdekatan dengan pembawa yang mengambil bahagian

  • Kunci Pengaktifan menghalang sesiapa daripada mengaktifkan Apple Watch anda tanpa Apple ID dan kata laluan anda

  • Keupayaan pembangun baru termasuk

    • SDK asli untuk membina aplikasi yang lebih laju dan lebih berkuasa yang berjalan secara asli pada Apple Watch

    • Akses kepada akselerometer untuk menjejak pergerakan anda dengan lebih terperinci

    • Akses kepada sensor kadar jantung untuk digunakan semasa latihan

    • Akses kepada mikrofon dan speaker untuk merakam dan memainkan audio

    • Akses kepada Enjin Taptik dengan 8 jenis maklum balas Haptik berlainan

    • Akses kepada Digital Crown untuk kawalan lebih jitu

    • Keupayaan untuk memainkan video secara terus pada Apple Watch

    • Sokongan untuk menjalankan aplikasi tanpa iPhone berdekatan, termasuk akses kepada keupayaan perangkaian apabila disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi yang diketahui

    • Komplikasi pada muka jam

    • Latihan daripada aplikasi boleh dikira ke gelang Aktiviti

    • Latihan daripada aplikasi boleh disertakan dalam aplikasi Aktiviti pada iPhone

  • Sokongan baru untuk bahasa sistem dalam bahasa Inggeris (India), Finland, Indonesia, Norway dan Poland

  • Sokongan baru untuk perencanaan dalam bahasa Belanda (Belgium), Inggeris (Ireland, Filipina, Afrika Selatan), Perancis (Belgium), Jerman (Austria), Sepanyol (Chile, Colombia)

  • Sokongan baru untuk balasan pintar dalam bahasa Cina Tradisional (Hong Kong, Taiwan), Denmark, Belanda, Inggeris (New Zealand, Singapura), Jepun, Korea, Sweden, Thai

Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia untuk semua negara atau semua kawasan.

Untuk mendapatkan maklumat tentang kandungan keselamatan kemas kini ini, sila lawati tapak web ini:

http://support.apple.com/en-my/HT1222

Bahasa yang Disokong:  Bahasa Indonesia, British English, Crna Gora, Dansk, Deutsch, Eesti, English, Español, Français, Hrvatski, Italiano, Latviešu, Lietuvių, Magyar, Melayu (Malaysia), Nederlands, Norsk Bokmål, Polski, Português, Português (Brasil), Pусский, Română, Shqip, Slovenčina, Slovenščina (Slovenija), Suomi, Svensk, Tiếng Việt, Türkçe, Íslenska, Čeština, Ελληνικά, Български, Македонија, Українська, עברית, العربية (مصر), ไทย, 日本語, 简体中文, 繁體中文, 한국어
Tarikh Diterbitkan: