Download - macOS Catalina 10.15.5 Combo Update

System Requirements: macOS Catalina 10.15

File Size: 4.8 GB

Download

macOS Catalina 10.15.5 memperkenalkan pengurusan kesihatan bateri dalam seting Penjimat Kuasa untuk komputer riba, pilihan untuk mengawal prominens automatik jubin video pada panggilan FaceTime Kumpulan dan kawalan untuk menala halus penentukuran terbina dalam Pro Display XDR anda. Kemas kini juga meningkatkan kestabilan, kebolehpercayaan dan keselamatan Mac anda.

Pengurusan Kesihatan Bateri

  • Pengurusan kesihatan bateri untuk membantu memaksimumkan hayat bateri bagi komputer riba Mac

  • Anak tetingkap Penjimat Kuasa kini memaparkan keadaan bateri dan mengesyorkan jika bateri perlu diservis

  • Pilihan untuk menyahdayakan pengurusan kesihatan bateri

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati https://support.apple.com/en-my/HT211094

Keutamaan Prominens FaceTime

  • Pilihan untuk mengawal prominens automatik pada panggilan FaceTime Kumpulan supaya jubin video tidak menukar saiz apabila seorang peserta bercakap

Penalaan Halus Penentukuran untuk Pro Display XDR

  • Kawalan untuk menala halus penentukuran terbina dalam Pro Display XDR anda dengan melaraskan titik putih dan luminans bagi padanan tepat dengan sasaran penentukuran paparan anda sendiri

Kemas kini ini juga termasuk pembetulan pepijat dan peningkatan lain.

  • Membetulkan isu yang mungkin menghalang Peringatan daripada menghantar pemberitahuan untuk peringatan berulang

  • Menangani isu yang mungkin menghalang entri kata laluan pada skrin log masuk

  • Membetulkan isu berkaitan Keutamaan Sistem akan terus menunjukkan lencana pemberitahuan walaupun selepas memasang kemas kini

  • Menyelesaikan isu berkaitan kamera terbina dalam mungkin tidak dikesan apabila cuba digunakan selepas menggunakan app persidangan video

  • Menangani isu untuk komputer Mac dengan Cip Keselamatan T2 Apple berkaitan speaker dalaman mungkin tidak muncul sebagai peranti output bunyi dalam keutamaan Bunyi

  • Membetulkan isu kestabilan dengan memuat naik dan memuat turun fail media daripada Pustaka Foto iCloud semasa Mac anda tidur

  • Menyelesaikan isu kestabilan apabila memindahkan sejumlah besar data ke volum RAID

  • Membetulkan isu berkaitan keutamaan Kebolehcapaian Kurangkan Pergerakan tidak mengurangkan kelajuan animasi dalam panggilan kumpulan FaceTime

Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia untuk semua rantau, atau pada semua peranti Apple. Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang kemas kini ini, sila lawati: https://support.apple.com/en-my/HT210642

Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang kandungan keselamatan kemas kini ini, sila lawati: https://support.apple.com/en-my/HT201222

Bahasa yang Disokong:  Bahasa Indonesia, British English, Crna Gora, Dansk, Deutsch, Eesti, English, Español, Français, Hrvatski, Italiano, Latviešu, Lietuvių, Magyar, Melayu (Malaysia), Nederlands, Norsk Bokmål, Polski, Português, Português (Brasil), Pусский, Română, Shqip, Slovenčina, Slovenščina (Slovenija), Suomi, Svensk, Tiếng Việt, Türkçe, Íslenska, Čeština, Ελληνικά, Български, Македонија, Українська, עברית, العربية (مصر), ไทย, 日本語, 简体中文, 繁體中文, 한국어
Tarikh Diterbitkan: