Download macOS Catalina 10.15.1 Kemaskini

System Requirements: macOS Catalina 10.15

File Size: 4.53 GB

Download

Kemas kini macOS Catalina 10.15.1 menyertakan emoji dikemas kini dan tambahan, sokongan untuk AirPods Pro, Video Selamat HomeKit, penghala didayakan HomeKit dan seting privasi Siri baru, serta pembetulan pepijat dan peningkatan.

Emoji

  • Lebih daripada 70 emoji baru atau dikemas kini, termasuk haiwan, makanan, aktiviti, emoji kebolehcapaian baru, emoji neutral jantina dan pilihan ton kulit untuk emoji pasangan

AirPods

  • Memperkenalkan sokongan untuk AirPods Pro

App Rumah

  • Video Selamat HomeKit membolehkan anda merakam, menyimpan dan melihat video disulitkan secara peribadi daripada kamera keselamatan anda dan menampilkan pengesanan orang, haiwan serta kenderaan
  • Penghala didayakan HomeKit membolehkan anda mengawal cara aksesori HomeKit anda berkomunikasi melalui internet atau dalam rumah anda
  • Menambah sokongan untuk speaker didayakan AirPlay 2 dalam suasana dan automasi

Siri

  • Seting privasi untuk mengawal sama ada untuk membantu meningkatkan Siri dan Perencanaan atau tidak dengan membenarkan Apple untuk menyimpan audio interaksi Siri dan Perencanaan anda
  • Pilihan untuk memadamkan sejarah Siri dan Perencanaan anda daripada Seting Siri

Kemas kini ini juga menyertakan pembetulan pepijat dan peningkatan berikut:

  • Memulihkan keupayaan untuk melihat nama fail dalam paparan Semua Foto dalam Foto
  • Memulihkan keupayaan untuk menapis mengikut kegemaran, foto, video, diedit dan kata kunci dalam paparan Hari dalam Foto
  • Membetulkan isu berkaitan Mesej hanya menghantar pemberitahuan tunggal apabila pilihan untuk mengulang isyarat telah didayakan
  • Menyelesaikan isu yang menyebabkan Kenalan untuk melancarkan kenalan yang dibuka sebelumnya dan bukannya senarai kenalan
  • Menyelesaikan isu yang mungkin berlaku dalam app Muzik apabila memaparkan senarai main dalam folder dan lagu yang baru ditambah dalam senarai Lagu
  • Meningkatkan kebolehpercayaan penghijrahan pangkalan data pustaka iTunes ke app Muzik, Podcast dan TV
  • Membetulkan isu berkaitan tajuk yang dimuat turun tidak kelihatan dalam folder Muat Turun dalam app TV

Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang kemas kini ini, sila lawati: https://support.apple.com/en-my/HT210642

Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang kandungan keselamatan kemas kini ini, sila lawati: https://support.apple.com/en-my/HT201222

Bahasa yang Disokong:  Bahasa Indonesia, British English, Crna Gora, Dansk, Deutsch, Eesti, English, Español, Français, Hrvatski, Italiano, Latviešu, Lietuvių, Magyar, Melayu (Malaysia), Nederlands, Norsk Bokmål, Polski, Português, Português (Brasil), Pусский, Română, Shqip, Slovenčina, Slovenščina (Slovenija), Suomi, Svensk, Tiếng Việt, Türkçe, Íslenska, Čeština, Ελληνικά, Български, Македонија, Українська, עברית, العربية (مصر), ไทย, 日本語, 简体中文, 繁體中文, 한국어
Tarikh Diterbitkan: