Kemaskinikan HomePod

HomePod dan HomePod mini secara automatik memasang kemas kini perisian secara lalai. Anda boleh memasang kemas kini secara manual dalam app Rumah pada iPhone, iPad atau Mac anda.

  1. Pastikan peranti anda dikemaskinikan kepada versi terkini iOS, iPadOS, atau macOS.

  2. Buka app Rumah.

  3. Ketik atau klik butang Laginull, kemudian Seting Rumah > Kemas Kini Perisian.

  4. Jika terdapat kemaskinian baharu, pilih Kemas Kini.

    Kemas Kini Tersedia muncul di bawah Kemas Kini Automatik pada skrin Kemas Kini dalam app Rumah.
  5. Lampu putih yang berputar muncul di bahagian atas HomePod semasa kemaskinian sedang berjalan. Pastikan HomePod anda dipalamkan kepada bekalan kuasa semasa pengemaskinian.

Jika tiada kemaskinian baharu, anda boleh memilih HomePod untuk menghidupkan kemas kini automatik dan mendapatkan perisian terkini secara automatik apabila tersedia. Kemas Kini Perisian juga akan memberitahu jika HomePod anda sudah pun terkini dan menunjukkan kepada anda perisian HomePod yang terpasang.

Perlukan bantuan lanjut?

Beritahu kami lebih lanjut tentang perkara yang berlaku dan kami akan mencadangkan tindakan yang boleh anda lakukan seterusnya.

Dapatkan cadangan

Tarikh Diterbitkan: