Ketahui cara untuk menghantar AirPods Max anda kepada Apple menggunakan Perkhidmatan Penggantian Express

Sediakan AirPods Max anda untuk pembungkusan dan penghantaran.

Selepas anda menghubungi Apple untuk mendapatkan perkhidmatan, anda akan menerima produk gantian berserta arahan untuk memulangkan produk asal anda kepada Apple. Arahan mungkin berbeza mengikut negara atau rantau.

Penting: Pastikan untuk mengembalikan produk anda agar diterima oleh Apple dalam masa 10 hari dari hari produk gantian anda dikirim kepada anda oleh Apple (semak tarikh pengiriman anda). Jika Apple tidak menerima produk asal anda dalam masa 10 hari atau jika juruteknik Apple mendapati bahawa produk asal anda tidak layak untuk menerima servis atau isu yang tidak diliputi oleh pelan AppleCare+ yang aktif, anda akan dikenakan caj pada harga penuh bagi produk gantian. Untuk mendapatkan butiran lanjut, lihat Khidmat Penggantian Ekspres AirPods, terma dan syarat ERS untuk servis yang diliputi oleh Waranti Terhad Apple, terma dan syarat ERS untuk servis yang diliputi oleh pelan Applecare, or terma dan syarat ERS untuk servis yang tidak diliputi oleh Waranti Terhad Apple, pelan AppleCare atau undang-undang pengguna.

Ikut langkah ini untuk menyediakan AirPods Max anda:

Pelanggan di Jepun, ikut langkah 1, kemudian teruskan ke bahagian Hantar AirPods Max anda kepada Apple untuk rantau Asia Pasifik.

  1. Keluarkan kusyen telinga anda dan simpan di tempat yang selamat untuk kegunaan kemudian.

    headphones-packout-step1-v1
  2. Letakkan setiap pelekap telinga dalam beg yang berasingan.

    headphones-packout-step2-v1
  3. Putarkan pelekap telinga dan hadapkannya ke bawah, kemudian letakkan AirPods Max anda ke dalam sisipan plastik berbentuk. Letakkan penutup pada kotak putih.

    headphones-packout-step3-v1
  4. Letakkan kotak putih ke dalam kotak penghantaran berwarna coklat dan tutup kotak. (Jangan sertakan kusyen telinga, kabel USB, penyesuai kuasa atau aksesori anda yang lain. Jika anda menyertakan item tambahan di dalam kotak, kami tidak akan dapat mengembalikan item itu kepada anda.)

    "headphones-packout-step4-v1"
  5. Kedapkan kotak dengan pita dan hantarkan kotak ke Apple.* Jika terdapat pelekat bateri yang terlekat di bahagian luar kotak, sila pastikan pelekat bateri tersebut tidak terhalang.

    headphones-packout-step6-v1

* Apple tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan semasa penghantaran.

Kirim AirPods Max anda kepada Apple

© 2022 Apple Inc. Hak cipta terpelihara. Apple, logo Apple, iPhone, AirPods dan iTunes ialah tanda dagangan Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara serta rantau lain. AppleCare merupakan tanda perkhidmatan Apple Inc., didaftarkan di A.S. serta negara dan rantau lain. Nama produk dan syarikat lain yang disebut dalam ini merupakan tanda dagang syarikat masing-masing.

Tarikh Diterbitkan: