Hantar iPod anda kepada Apple untuk diservis
Selepas anda menghubungi Apple untuk mendapatkan khidmat servis, anda akan menerima kit yang mengandungi semua item yang anda perlukan untuk memulangkan produk anda kepada Apple.
Sebelum menghantar iPod anda
Sandarkan peranti anda.
Bungkuskan iPod anda
Jangan sertakan apa-apa item lain di dalam kotak — seperti kabel USB, penyesuai kuasa atau aksesori yang lain. Jika anda memasukkan item tambahan ke dalam kotak, item itu tidak akan dikembalikan.
Angkat bahagian atas busa di dalam kotak.
Masukkan iPod anda ke dalam beg, kedapkan beg dan letakkan beg tersebut ke dalam kotak pengiriman.
Letakkan semula bahagian atas busa supaya menutupi iPod anda, tutup kotak pengiriman dan kedapkan kotak dengan pita yang disediakan.
Letakkan pelekat bateri di bahagian bawah kotak, pastikan ia tidak menutupi label pengiriman yang telah dilekatkan terlebih dahulu.
Tanggalkan label teratas daripada kotak pengiriman. Ini resit anda. Pastikan label pengiriman pemulangan kekal pada kotak.
Hantar iPod anda kepada Apple
Apple tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan semasa pengiriman