Gunakan Servis Penggantian Ekspres untuk Apple Watch anda
Dengan Servis Penggantian Ekspres, anda akan menerima kit yang mengandungi Apple Watch gantian anda dan semua yang anda perlukan untuk menghantar balik Apple Watch anda yang asal kepada Apple.
Dengan Servis Penggantian Ekspres, Apple menghantar Apple Watch gantian kepada anda dahulu agar anda tidak perlu menunggu servis.
Selepas anda menerima Apple Watch gantian anda, gunakan kotak yang sama untuk terus menghantar kembali Apple Watch anda yang asal. Apple mesti menerima Apple Watch anda yang asal dalam masa sepuluh hari selepas gantian anda dikirimkan.
Produk gantian anda dilindungi selama 90 hari atau mengikut baki waranti produk asal anda, mana-mana yang lebih lama. Perlindungan ini ialah tambahan kepada apa-apa hak yang diberikan oleh undang-undang perlindungan pengguna di negara atau rantau anda atau mana-mana pelan AppleCare.
Cari tarikh pengiriman bagi Apple Watch gantian anda
Sebelum anda mengembalikan Apple Watch anda yang asal
Untuk menyandarkan Apple Watch anda, batalkan penggandingan daripada iPhone anda: Dengan merapatkan iPhone dan Apple Watch, buka app Apple Watch pada iPhone anda. Pergi ke tab Jam Saya > Semua Jam, kemudian ketik butang maklumat di sebelah jam tangan yang ingin dinyahgandingkan. Ketik Nyahgandingkan Apple Watch, kemudian ketik sekali lagi untuk membuat pengesahan. Jika anda mempunyai model GPS + Cellular, keluarkan pelan selular anda.
Tanggalkan tali daripada Apple Watch anda. Jangan sertakan tali atau sebarang aksesori lain apabila anda mengirimkan Apple Watch anda yang asal kepada Apple.
Bungkus Apple Watch anda
Kit Servis Penggantian Ekspres anda merangkumi semua yang anda perlukan untuk membungkus dan menghantar Apple Watch anda yang asal kepada Apple — termasuk kotak yang mengandungi Apple Watch gantian anda, yang akan anda gunakan untuk menghantar jam tangan anda yang asal kepada Apple.
Apabila anda membungkus Apple Watch anda, jangan masukkan apa-apa item lain dalam kotak — seperti tali jam tangan atau aksesori lain. Jika anda berbuat demikian, item tersebut tidak akan dikembalikan kepada anda.
Letakkan Apple Watch anda yang asal di dalam kotak sisipan yang lebih kecil, kemudian tutup penutup kotak sisipan. Pastikan skrin jam tangan anda menghadap ke atas.
Masukkan kotak sisipan ke dalam kotak yang lebih besar, kemudian tutup kotak tersebut. Pastikan pelekat bateri ditampal rata pada kotak dan tidak ditutup oleh pita atau label pengiriman.

Kirimkan Apple Watch anda kepada Apple
Untuk mengaturkan masa bagi kurier mengambil Apple Watch anda, hubungi Perkhidmatan Pelanggan GD Express Malaysia di talian 03-64195003 (Isnin hingga Jumaat dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang atau Sabtu dari 8:30 pagi. hingga 12:30 tengah hari)
Maklumi khidmat pelanggan bahawa anda menggunakan perkhidmatan pengembalian prabayar dan beri nombor ID pembaikan anda.
Apabila kurier tiba, ambil label Bil Jalan Udara (AWB) Pengembalian yang disediakan dan tampalkan pada kotak pengiriman lebih besar yang anda bungkuskan Apple Watch anda yang asal.
Pastikan anda mendapatkan bukti pengambilan daripada kurier untuk mengesahkan bahawa anda telah mengembalikan Apple Watch anda yang asal.
Apple tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan semasa pengiriman.