Sediakan Apple Watch anda untuk Servis Penggantian Ekspres
Selepas anda menjadualkan Servis Penggantian Ekspres*, anda akan mendapat kit yang mengandungi Apple Watch gantian anda dan semua yang anda perlukan untuk menghantar kembali produk anda yang asal kepada Apple.
Sebelum anda mengembalikan Apple Watch anda yang asal
Untuk menyandarkan Apple Watch anda, nyahgandingkan Apple Watch itu daripada iPhone anda: Dengan merapatkan iPhone dan Apple Watch, buka aplikasi Apple Watch pada iPhone anda. Pergi ke tab Jam Saya > Semua Jam, kemudian ketik butang maklumat di sebelah jam tangan yang ingin anda nyahgandingkan. Ketik Nyahgandingkan Apple Watch, kemudian ketik sekali lagi untuk membuat pengesahan. Jika anda mempunyai model GPS + Cellular, keluarkan pelan selular anda.
Tanggalkan tali daripada Apple Watch anda. Jangan sertakan tali atau sebarang aksesori lain apabila anda mengirimkan Apple Watch anda yang asal kepada Apple.
Bungkus Apple Watch anda
Kit Servis Penggantian Ekspres anda merangkumi semua yang anda perlukan untuk membungkuskan dan menghantar Apple Watch anda yang asal kepada Apple — termasuk kotak yang mengandungi Apple Watch gantian anda, yang akan anda gunakan untuk menghantar jam tangan anda yang asal kepada Apple Watch.
Apabila anda membungkus Apple Watch anda, jangan masukkan apa-apa item lain dalam kotak — seperti tali jam tangan atau aksesori lain. Jika anda berbuat demikian, item tersebut tidak akan dikembalikan kepada anda.
Letakkan Apple Watch anda yang asal di dalam kotak sisipan yang lebih kecil, kemudian tutup penutup kotak sisipan. Pastikan skrin jam tangan anda menghadap ke atas.
Masukkan sisipan ke dalam kotak yang lebih besar, kemudian tutup kotak itu. Pastikan pelekat bateri ditampal rata pada kotak dan tidak terhalang oleh pita atau label pengiriman.

Kirimkan Apple Watch anda kepada Apple
Untuk mengaturkan masa bagi kurier mengambil Apple Watch anda, hubungi Perkhidmatan Pelanggan GD Express Malaysia di talian 03-64195003 (Isnin hingga Jumaat dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang atau Sabtu dari 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari)
Maklumi khidmat pelanggan bahawa anda menggunakan perkhidmatan pengembalian prabayar dan beri nombor ID pembaikan anda.
Apabila kurier tiba, ambil label Bil Jalan Udara (AWB) Pengembalian yang disediakan dan tampalkan pada kotak pengiriman lebih besar yang anda bungkuskan Apple Watch anda yang asal.
Pastikan anda mendapatkan bukti pengambilan daripada kurier untuk mengesahkan bahawa anda telah mengembalikan Apple Watch anda yang asal. Apple tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan semasa pengiriman.
Apple akan melepaskan pegangan sementara pada kad anda selepas kami memproses peranti asal anda dan mengesahkan bahawa masalah itu diliputi. Jika peranti asal anda tidak dikembalikan dalam masa 10 hari perniagaan atau didapati tidak layak untuk perkhidmatan disebabkan oleh pengubahsuaian yang tidak dibenarkan atau kerosakan yang teruk, pegangan itu akan dikenakan pada kad anda.
*Servis Penggantian Ekspres ialah manfaat AppleCare yang tersedia di sesetengah negara atau rantau sahaja.