Hantar HomePod atau HomePod mini anda kepada Apple untuk diservis
Selepas anda menghubungi Apple untuk servis*, anda akan menerima kit yang mengandungi semua item yang anda perlukan untuk memulangkan produk anda kepada Apple.
Sebelum anda mengembalikan HomePod atau HomePod mini anda
Alih keluar maklumat peribadi anda dengan mengeset semula HomePod atau HomePod mini anda kepada seting kilang:
Buka app Rumah pada iPhone, iPad atau Mac anda yang telah didaftar masuk dengan Akaun Apple yang anda gunakan untuk menyediakan HomePod anda.
Pilih HomePod anda, pilih butang Seting, kemudian pilih Set Semula HomePod.
Pilih Keluarkan Aksesori
Kirimkan HomePod atau HomePod mini anda kepada Apple
Cari nama kurier pada label pengiriman pemulangan.
Lawati laman web kurier untuk menjadualkan pengambilan atau mencari lokasi penyerahan.
Pastikan anda mendapatkan resit daripada kurier untuk mengesahkan bahawa anda telah menghantar HomePod atau HomePod mini anda untuk diservis. Apple tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan semasa pengiriman.
*Perkhidmatan penghantaran untuk servis mungkin tidak tersedia di semua negara atau wilayah.