Hantar AirPods, AirPods Pro atau AirPods Max anda kepada Apple untuk diservis
Selepas anda menghubungi Apple untuk servis*, anda akan menerima kit yang mengandungi semua item yang anda perlukan untuk memulangkan produk anda kepada Apple.
Sebelum anda mengembalikan produk anda
Alih keluar AirPods anda daripada Akaun Apple anda: Dalam aplikasi Cari, pilih tab Peranti > pilih peranti anda, kemudian leret ke atas dan ketik Alih Keluar Peranti Ini. Ketik Alih keluar untuk membuat pengesahan.
Jika anda menghantar AirPods Pro, tanggalkan hujung telinga dan simpan di tempat yang selamat. Jika anda menyertakan hujung telinga anda, hujung telinga itu tidak akan dikembalikan.
Jika anda menghantar AirPods Max, tanggalkan kusyen telinga. Jika anda menyertakan kusyen telinga anda, kusyen telinga itu tidak akan dikembalikan.
Kirim produk anda kepada Apple
Cari nama kurier pada label pengiriman pengembalian yang disediakan.
Lawati laman web kurier untuk menjadualkan pengambilan atau mencari lokasi penyerahan.
Pastikan anda mendapatkan resit untuk mengesahkan bahawa anda telah mengembalikan produk anda. Apple tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan semasa pengiriman.
*Perkhidmatan penghantaran untuk servis mungkin tidak tersedia di semua negara atau wilayah.