Gunakan Servis Penggantian Ekspres untuk iPhone anda

Dengan Servis Penggantian Ekspres, anda akan menerima kit yang mengandungi iPhone gantian anda dan semua yang anda perlukan untuk menghantar balik iPhone anda yang asal.

Perihal Servis Penggantian Ekspres

  • Dengan Servis Penggantian Ekspres, Apple menghantar iPhone gantian kepada anda dahulu agar anda tidak perlu menunggu pembaikan.

  • Selepas anda menerima iPhone gantian anda, hantar balik iPhone anda yang asal dengan serta-merta. Apple mesti menerima iPhone anda yang asal dalam masa sepuluh hari selepas telefon gantian anda dikirimkan.

  • iPhone gantian anda diliputi waranti servis 90 hari atau baki pelan AppleCare anda (atau waranti produk asal yang lain), mana-mana yang lebih lama.

Cari tarikh pengiriman iPhone gantian anda

Sebelum anda mengembalikan iPhone anda yang asal

  1. Sandarkan iPhone anda

  2. Padamkan data iPhone anda untuk memadamkan data peribadi anda dan mengeluarkannya daripada akaun Apple ID anda: Dalam Seting, ketik Umum > Pindah atau Set Semula iPhone, kemudian ketik Padam Semua Kandungan dan Seting. Anda perlu memasukkan kata laluan Apple ID anda untuk membuat pengesahan.

    Dalam seting iPhone, gunakan Padam Semua Kandungan dan Seting untuk memadamkan maklumat peribadi anda.
  3. Pindahkan perkhidmatan selular anda kepada iPhone anda yang baharu:

  4. Matikan kuasa iPhone anda yang asal.

Bungkus iPhone anda yang asal

Kit Servis Penggantian Ekspres anda mengandungi semua yang anda perlukan untuk membungkus dan menghantar iPhone anda yang asal kepada Apple — termasuk kotak lebih kecil berwarna putih atau semula jadi dan kotak pengiriman lebih besar yang iPhone gantian anda dihantar di dalamnya, yang anda gunakan untuk membungkus iPhone anda yang asal dan mengirimkan kepada Apple.

  1. Letakkan iPhone anda ke dalam kotak lebih kecil berwarna putih atau semula jadi. Jangan sertakan apa-apa yang lain seperti sarung telefon, penyesuai kuasa, kabel USB atau aksesori lain. Jika anda memasukkan item tambahan ke dalam kotak, item itu tidak akan dikembalikan.

  2. Letakkan kotak lebih kecil di dalam kotak pengiriman lebih besar yang sama yang dihantar kepada anda. Jika terdapat pelekat bateri yang ditampalkan di bahagian luar kotak, pastikan pelekat itu tidak dilitupi pita atau label pengiriman.

Kirim iPhone anda yang asal kepada Apple

  1. Untuk mengaturkan masa bagi kurier mengambil iPhone anda yang asal, hubungi Perkhidmatan Pelanggan GD Express Malaysia di talian 03-7787-6776 (Isnin hingga Jumaat dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang atau Sabtu dari 8:30 pagi. hingga 12:30 petang)

  2. Beritahu perkhidmatan pelanggan bahawa anda menggunakan perkhidmatan pengembalian prabayar dan berikan nombor ID Pembaikan daripada e-mel yang anda terima apabila anda meminta penggantian iPhone anda.

  3. Apabila kurier tiba, ambil label Bil Jalan Udara (AWB) Pengembalian yang disediakan dan tampalkan pada kotak pengiriman lebih besar yang anda bungkuskan iPhone anda yang asal.

Pastikan anda mendapatkan bukti pengambilan daripada kurier untuk mengesahkan bahawa anda telah mengembalikan iPhone anda yang asal.

Apple tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan semasa pengiriman.

Tarikh Diterbitkan: