Cara menghantar fon kepala Beats Pro anda kepada Apple menggunakan Servis Penggantian Ekspres dari rantau Asia Pasifik

Ketahui cara menghantar fon kepala Beats Pro anda kembali kepada Apple selepas anda menerima produk gantian.

Penting: Pastikan untuk mengembalikan produk anda agar diterima oleh Apple dalam masa 10 hari dari hari produk gantian anda dikirim kepada anda oleh Apple (semak tarikh pengiriman anda). Jika Apple tidak menerima produk asal anda dalam masa 10 hari atau jika juruteknik Apple mendapati bahawa produk asal anda tidak layak untuk menerima servis atau atas apa-apa sebab yang tidak diliputi oleh pelan AppleCare+ yang aktif, anda akan dikenakan caj pada harga penuh bagi produk gantian. Untuk mendapatkan butiran lanjut, lihat terma dan syarat ERS untuk servis yang diliputi oleh Waranti Terhad Apple atau pelan AppleCare atau terma dan syarat ERS untuk servis luar waranti.

Perlukan negara atau rantau yang berbeza?

Bungkus fon kepala Beats Pro anda

Pelanggan di Jepun boleh terus ke bahagian Kirim fon kepala Beats Pro anda kepada Apple.

  1. Letak fon kepala Beats Pro anda di dalam beg plastik. Jangan sertakan apa-apa aksesori dengan produk anda (termasuk kabel, karabiner atau sarung pembawa). Jika anda menyertakan item tambahan di dalam kotak, kami tidak akan dapat mengembalikan item itu kepada anda.

    No alt supplied for Image
  2. Masuk beg di bawah filem pelindung yang terpasang pada sisipan kadbod.

    No alt supplied for Image
  3. Lipat ke bawah bahagian sisipan yang berfilem.

    No alt supplied for Image
  4. Lipat ke atas sisi sisipan yang lain.

    No alt supplied for Image
  5. Letak sisipan di dalam kotak. Kemudian, tutup kotak.

    No alt supplied for Image
  6. Kedap kotak dengan pita.* Jika terdapat pelekat bateri yang ditampal di bahagian luar kotak, sila pasti pelekat bateri tersebut tidak terhalang.

    No alt supplied for Image

*Apple tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan semasa pengiriman.

Kirim fon kepala Beats Pro anda kepada Apple

Pilih negara atau rantau anda:

Australia

Sila guna kotak sama yang disertakan bersama peranti gantian anda untuk mengembalikan produk anda.

  1. Anda akan menerima e-mel daripada Apple sebaik sahaja produk gantian dikirim. Cetak label pengiriman daripada pautan status pembaikan yang diberikan dalam e-mel.

  2. Bungkus produk anda. Jangan sertakan apa-apa aksesori dengan produk anda (termasuk kabel, karabiner atau sarung pembawa). Jika anda menyertakan item tambahan di dalam kotak, kami tidak akan dapat mengembalikan item itu kepada anda.*

  3. Bawa label pengiriman dan produk Apple anda yang dibungkus ke Australia Post. Untuk mencari Australia Post Office anda yang terdekat, lawati: auspost.com.au/locate/.

  4. Australia Post akan memberi anda resit untuk mengesahkan penerimaan bahagian yang dikembalikan. Sila simpan resit anda.

  5. Semak bahawa Apple telah menerima produk anda selepas beberapa hari.

*Apple tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan semasa pengiriman.

Hong Kong

Sila guna kotak sama yang disertakan bersama peranti gantian anda untuk mengembalikan produk anda.

  1. Masuk produk anda ke dalam kotak pengiriman dan kedap kotak dengan pita yang disediakan. Jangan sertakan apa-apa aksesori dengan produk anda (termasuk kabel, karabiner atau sarung pembawa). Jika anda menyertakan item tambahan di dalam kotak, kami tidak akan dapat mengembalikan item itu kepada anda.*

  2. Hubungi Khidmat Pelanggan Shun Feng Hong Kong, pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat), untuk mengatur pengambilan produk anda di 8302 2883. Tekan 1 (untuk bahasa Kantonis), 2 (untuk bahasa Inggeris) atau 3 (untuk bahasa Mandarin). Maklumi Shun Feng bahawa anda menggunakan perkhidmatan pengembalian prabayar. Ejen khidmat pelanggan anda akan mengambil butiran anda dan mengatur pengambilan produk anda. Anda akan diminta untuk memberikan butiran berikut melalui telefon:

    • Nama Anda

    • Alamat pengambilan (mestilah sama dengan alamat penghantaran peranti gantian)

    • Nama syarikat: Apple

    • Nombor hubungan

    • ID pembaikan

  3. Serah bungkusan produk anda kepada kurier Shun Feng Hong Kong. Kurier akan membantu anda menampal AWB pengembalian pada kotak dan menggunakan kedapan Protection Plus tambahan.

  4. Semak bahawa Apple telah menerima produk anda selepas beberapa hari.

*Apple tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan semasa pengiriman.

Jepun

Kurier akan membawa sebuah kotak untuk mengambil produk anda untuk servis.

  1. Serah produk anda kepada kurier yang membawa produk gantian anda. Jangan sertakan apa-apa aksesori dengan produk anda (termasuk kabel, karabiner atau sarung pembawa). Jika anda menyertakan item tambahan, kami tidak dapat mengembalikan item tersebut kepada anda.*

  2. Semak bahawa Apple telah menerima produk anda selepas beberapa hari.

*Apple tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan semasa pengiriman.

Malaysia

Sila guna kotak sama yang disertakan bersama peranti gantian anda semasa mengembalikan produk anda.

  1. Masuk produk anda ke dalam kotak pengiriman dan kedap kotak dengan pita yang disediakan. Jangan sertakan apa-apa aksesori dengan produk anda (termasuk kabel, karabiner atau sarung pembawa). Jika anda menyertakan item tambahan, kami tidak dapat mengembalikan item tersebut kepada anda.*

  2. Hubungi Khidmat Pelanggan GD Express Malaysia di talian 03-7787-6776, Isnin hingga Jumaat dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang atau Sabtu dari 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari, untuk mengatur kurier mengambil peranti anda. Maklumi khidmat pelanggan bahawa anda menggunakan perkhidmatan pengembalian prabayar dan berikan nombor ID Pembaikan anda.

  3. Kurier akan membawa Bil Jalanan Udara (AWB) Pengembalian untuk mengambil bungkusan peranti anda.

  4. Tampal label AWB pada kotak.

  5. Beri pakej anda kepada kurier.

  6. Semak bahawa Apple telah menerima produk anda selepas beberapa hari.

*Apple tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan semasa pengiriman.

New Zealand

Anda akan menerima kit melalui mel yang mengandungi produk gantian dengan semua item yang anda perlu untuk mengembalikan produk asal anda kepada Apple.

  1. Tanggal label pengiriman TNT daripada kotak. Di sebelah kod bar pada label pengiriman, cari nombor konsainan yang bermula dengan “GE”. Catat nombor tersebut.

  2. Masuk bungkusan produk ke dalam beg pembungkus TNT dan kedap beg pembungkus. Jangan sertakan apa-apa aksesori di dalam beg pembungkus (termasuk kabel, karabiner atau sarung pembawa). Jika anda menyertakan item tambahan, kami tidak dapat mengembalikan item tersebut kepada anda.*

  3. Masuk label pengiriman ke dalam poket plastik jelas pada beg pembungkus.

Untuk mengatur pengambilan, sama ada:

  • Tulis e-mel

    1. Gunakan baris subjek “Apple collection - Beats headphones” diikuti dengan nombor konsainan TNT.

    2. Dalam e-mel anda, sila nyatakan bahawa anda menggunakan beg pembungkus prabayar pada nombor akaun 320792, nyatakan sama ada alamat pengambilan anda ialah alamat kediaman atau perniagaan dan sertakan nombor telefon anda.

    3. Hantar e-mel kepada customerservice.nz@tnt.com.

ATAU

  • Hubungi Khidmat Pelanggan TNT di talian 0800 275 868 dan beri semua maklumat dalam langkah 2 “Tulis e-mel” di atas.

TNT akan memberikan nombor rujukan tempahan dan tarikh pengambilan dalam balasan kepada e-mel atau panggilan telefon anda.

Semak bahawa Apple telah menerima produk anda selepas beberapa hari.

*Apple tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan semasa pengiriman.

Singapura

Bungkusan anda mengandungi AWB DHL pengembalian yang sudah dicetak terlebih dahulu untuk mengirim produk anda semula. Sila guna kotak sama yang disertakan bersama peranti gantian anda untuk mengembalikan produk anda.

  1. Masuk produk anda ke dalam kotak pengiriman dan kedap kotak dengan pita yang disediakan. Jangan sertakan apa-apa aksesori di dalam kotak (termasuk kabel, karabiner atau sarung pembawa). Jika anda menyertakan item tambahan, kami tidak dapat mengembalikan item tersebut kepada anda.*

  2. Tampal AWB Pengembalian DHL pada kotak dan pastikan label pengembalian AWB meliputi label AWB asal sepenuhnya.

  3. Hubungi Khidmat Pelanggan DHL Singapura untuk mengatur pengambilan produk anda di (+65) 6285 8888. Maklumi DHL bahawa anda menggunakan perkhidmatan pengembalian prabayar. Ejen khidmat pelanggan anda akan mengambil butiran anda dan mengatur pengambilan produk anda. Anda akan diminta untuk memberikan butiran berikut melalui telefon:

    • Nama Anda

    • Nombor Akaun (Lihat AWB Pengembalian DHL anda)

    • Nama Syarikat - Apple

    • Nombor AWB (Lihat AWB Pengembalian DHL anda)

    • Kandungan: Produk elektronik

    • Alamat dan masa pengambilan

    • Hubungi nombor telefon untuk pengambilan

    • Bilangan item: 1

    • Berat: 1 kg

  4. Serah produk anda yang telah dibungkus kepada kurier DHL.

  5. Semak bahawa Apple telah menerima produk anda selepas beberapa hari.

*Apple tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan semasa pengiriman.

Guna fon kepala Beats Pro gantian anda

Catat nombor siri produk gantian anda. Produk Apple gantian anda diliputi oleh waranti servis 90 hari atau baki waranti produk asal atau pelan AppleCare anda, mana-mana yang lebih panjang. Hak undang-undang pengguna juga mungkin dikenakan pada produk gantian anda di negara tersebut, sebagaimana berkenaan.

Guna fon kepala Beats Pro anda selepas penggantian.

© 2023 Apple Inc. Hak cipta terpelihara. Apple dan logo Apple merupakan tanda dagangan Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara dan rantau lain. AppleCare merupakan tanda perkhidmatan Apple Inc., didaftarkan di A.S. serta negara dan rantau lain. Beats, Beats by Dr. Dre dan logo b bulat ialah tanda dagang/tanda perkhidmatan Beats, iaitu satu subsidiari Apple.

Tarikh Diterbitkan: