Hantar Mac anda kepada Apple untuk diservis

Selepas anda menghubungi Apple untuk servis*, anda akan menerima kit yang mengandungi semua item yang anda perlukan untuk memulangkan produk anda kepada Apple.

Sebelum anda menghantar Mac anda untuk diservis

Jika Mac anda tidak dapat dihidupkan atau tidak bertindak balas, selesaikan sebanyak mungkin langkah:

Bungkuskan Mac anda

  • Kit yang anda terima daripada Apple mempunyai semua yang anda perlukan untuk membungkus Mac anda — termasuk kotak untuk menghantarnya dan label pengiriman pengembalian. Untuk membungkus Mac anda, ikuti langkah-langkah yang dicetak pada bahagian dalam penutup kotak.

  • Jangan sertakan apa-apa item lain di dalam kotak — seperti penyesuai kuasa, kabel kuasa, kad SD, pelindung papan kekunci, penutup bawah, penutup paparan atau apa-apa aksesori lain. Jika anda berbuat demikian, item tersebut tidak akan dikembalikan kepada anda.

Kirim produk anda kepada Apple

  1. Cari nama kurier pada label pengiriman pengembalian yang disediakan.

  2. Lawati laman web kurier untuk menjadualkan pengambilan atau mencari lokasi penyerahan.

Pastikan anda mendapatkan resit daripada kurier untuk mengesahkan bahawa anda telah menghantar produk anda untuk diservis. Apple tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan semasa pengiriman.

*Perkhidmatan penghantaran untuk servis mungkin tidak tersedia di semua negara atau wilayah.

Tarikh Diterbitkan: