Cara membersihkan AirPods anda

Pembersihan berkala boleh membantu dalam menjaga AirPods anda.

Bersihkan jaringan AirPods anda

Untuk membersihkan jaringan AirPods 3 dan AirPods 4 anda, anda memerlukan Kit Pembersihan Airpods Belkin atau:

  • Air misel yang mengandungi Kaprilik PEG-6 /Gliserida Kaprilik, seperti daripada Bioderma atau Neutrogena

  • Air suling

  • Berus gigi kanak-kanak yang berbulu lembut

  • Dua cawan kecil

  • Tuala kertas

Bersihkan jaringan AirPods 4 anda

Anda boleh membersihkan jaringan dalam bulatan pada AirPods 4 anda. Elakkan daripada membersihkan kawasan lain.

Jaringan AirPods 4.
  1. Tambahkan sedikit air misel ke dalam cawan.

  2. Celup berus gigi di dalam cawan air misel sehingga bulu berus gigi terendam sepenuhnya.

  3. Pegang AirPod anda dengan jaringan menghadap ke atas.

  4. Gosokkan jaringan dalam gerakan pusingan selama kira-kira 15 saat.

  5. Balikkan AirPod anda dan serapkan air pada tuala kertas. Pastikan tuala kertas bersentuhan dengan jaringan.

  6. Ulang langkah 2-5 dua kali lagi (sejumlah tiga kali) untuk setiap jaringan yang ingin anda bersihkan.

  7. Untuk membilas air misel, bilas berus dengan air suling, kemudian ulang langkah 1-5 dengan air suling untuk setiap jaringan yang telah anda bersihkan.

  8. Biarkan AirPods anda kering sepenuhnya — selama sekurang-kurangnya dua jam — sebelum anda meletakkan AirPods tersebut di dalam bekas pengecasan atau digunakan.

Bersihkan jaringan AirPods 3 anda

Anda boleh membersihkan jaringan dalam bulatan pada AirPods 3 anda. Elakkan daripada membersihkan kawasan lain.

Anda boleh membersihkan jaring snorkel, jaring kawalan kebocoran dan mikrofon atas pada AirPods 3 anda.
  1. Tambahkan sedikit air misel ke dalam cawan.

  2. Celup berus gigi di dalam cawan air misel sehingga bulu berus gigi terendam sepenuhnya.

  3. Pegang AirPod anda dengan jaringan menghadap ke atas.

  4. Gosokkan jaringan dalam gerakan pusingan selama kira-kira 15 saat.

  5. Balikkan AirPod anda dan serapkan air pada tuala kertas. Pastikan tuala kertas bersentuhan dengan jaringan.

  6. Ulang langkah 2-5 dua kali lagi (sejumlah tiga kali) untuk setiap jaringan yang ingin anda bersihkan.

  7. Untuk membilas air misel, bilas berus dengan air suling, kemudian ulang langkah 1-5 dengan air suling untuk setiap jaringan yang telah anda bersihkan.

  8. Biarkan AirPods anda kering sepenuhnya — selama sekurang-kurangnya dua jam — sebelum anda meletakkan AirPods tersebut di dalam bekas pengecasan atau digunakan.

Bersihkan badan AirPods anda

Jika AirPods anda terdedah kepada apa-apa yang boleh menyebabkan kotoran atau kerosakan lain—contohnya, sabun, syampu, perapi, losyen, minyak wangi, pelarut, sabun mencuci pakaian, asid atau makanan berasid, pencegah serangga, pelindung matahari, minyak atau pewarna rambut:

  1. Lap sehingga bersih dengan kain dibasahkan sedikit dengan air bersih dan keringkan AirPods dengan kain lembut, kering dan bebas serabut.

  2. Biarkan AirPods anda kering sepenuhnya — selama sekurang-kurangnya dua jam — sebelum anda meletakkan AirPods tersebut di dalam bekas pengecasan atau cuba untuk digunakan.

Jangan melalukan AirPods anda di bawah air dan jangan gunakan objek tajam atau bahan kasar untuk membersihkan AirPods anda.

Bersihkan bekas pengecasan AirPods anda

  1. Singkirkan sebarang kekotoran daripada port pengecasan dengan berus yang bersih, kering dan berbulu lembut. Untuk mengelakkan kerosakan pada penyambung logam, jangan masukkan apa-apa ke dalam port pengecasan.

  2. Bersihkan bekas pengecasan dengan kain yang lembut, kering dan bebas serabut. Jika perlu, anda boleh melembapkan kain sedikit dengan alkohol isopropil.

  3. Biarkan bekas pengecasan kering.

Jangan masukkan sebarang cecair ke dalam port pengecasan, dan jangan gunakan bahan kasar untuk membersihkan bekas pengecasan.

Elakkan kerengsaan kulit

  • Selepas bersenam dengan AirPods 3 atau AirPods 4 atau selepas peranti anda terdedah kepada cecair seperti peluh, sabun, syampu, alat solek, pelindung matahari serta losyen yang berpotensi menyebabkan kerengsaan kulit, bersihkan dan keringkan peranti anda. Memastikan AirPods anda—serta kulit anda—bersih dan kering akan memaksimumkan keselesaan serta mengelakkan kerosakan jangka panjang kepada peranti anda.

  • Jika anda alah atau sensitif terhadap bahan tertentu, periksa bahan dalam AirPods.

  • Ketahui tentang ketahanan AirPods terhadap peluh dan air.

Dapatkan bantuan lanjut

  • Jika pembersihan tidak menyelesaikan isu anda, dapatkan servis untuk AirPods anda.

  • Jika AirPods anda rosak, anda boleh memesan gantian. Jika isu anda tidak diliputi oleh Waranti Terhad Apple, AppleCare+ atau undang-undang pengguna, anda boleh menggantikan AirPods anda dengan membayar yuran luar waranti.

Maklumat tentang produk yang tidak dikilangkan oleh Apple, atau laman web bebas yang tidak dikawal atau diuji oleh Apple, disediakan tanpa pengesyoran atau sokongan. Apple tidak bertanggungjawab terhadap pemilihan, prestasi atau penggunaan laman web atau produk pihak ketiga. Apple tidak membuat sebarang pernyataan tentang ketepatan atau keandalan laman web pihak ketiga. Hubungi vendor untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Tarikh Diterbitkan: