Sediakan dan gunakan fon kepala Solo3 Wireless anda

Ketahui cara mengecas, menggandingkan, menggunakan dan mengeset semula fon kepala Solo3 Wireless anda.

Barisan produk fon kepala Solo 3 Wireless

Hidupkan dan cas fon kepala anda

Untuk menghidupkan atau mematikan fon kepala anda, tekan dan tahan butang kuasa selama 1 saat.

Lampu Fuel Gauge dan butang kuasa Solo 3 Wireless

Untuk mengecas fon kepala anda, palamkan fon kepala kepada sumber kuasa menggunakan kabel mikro USB yang disertakan. Semasa fon kepala dicas, lampu Fuel Gauge akan berkelip. Apabila pengecasan selesai, kelima-lima lampu tetap menyala.

Untuk menyemak Fuel Gauge yang menunjukkan tahap bateri dan status pengecasan, tekan dan lepaskan butang kuasa.

Fon kepala anda mempunyai kuasa untuk main balik sehingga 40 jam dengan pengecasan selama 2 jam dan main balik sehingga 3 jam dengan pengecasan selama 5 minit.

Untuk menjimatkan bateri atau menggunakan fon kepala anda semasa kehabisan bateri, palamkan kabel RemoteTalk untuk menggunakan fon kepala anda dalam mod berwayar.

Gandingkan fon kepala anda

Ketahui cara untuk menggandingkan fon kepala dengan peranti anda.

Gandingkan dengan iPhone yang menggunakan iOS 10 atau lebih baharu

Jika anda mempunyai iPhone yang menggunakan iOS 10 atau lebih baharu, ikuti langkah ini:

  1. Pegang fon kepala anda di sebelah iPhone yang dibuka kunci.

  2. Tekan butang kuasa pada fon kepala anda selama 1 saat.

  3. Selepas beberapa saat, iPhone akan meminta anda bersambung. Jika peranti itu tidak bersambung, tekan butang kuasa pada fon kepala anda selama 5 saat.

  4. Ikut arahan pada iPhone anda.

Apabila anda menyediakan fon kepala anda dengan cara ini, fon kepala tersebut disediakan secara automatik dengan peranti anda yang lain yang didaftar masuk ke iCloud dan yang menggunakan iOS 10 atau lebih baharu, macOS Sierra atau lebih baharu atau watchOS 3 atau lebih baharu.

Fon kepala anda dikemas kini secara automatik apabila anda menyediakan fon kepala itu dengan iPhone yang menggunakan iOS 10 atau lebih baharu. Jika fon kepala anda tidak digandingkan dengan iPhone yang menggunakan iOS 10 atau lebih baharu, anda boleh menggunakan Beats Updater untuk mengemas kini perisian tegar anda.

Gandingkan dengan Mac atau peranti lain yang menggunakan Bluetooth

Jika anda mempunyai peranti Bluetooth yang lain, ikut langkah ini untuk menggandingkan fon kepala anda dengan peranti itu:

  1. Tekan butang kuasa selama 5 saat. Apabila Fuel Gauge berkelip, fon kepala anda dapat ditemukan.

  2. Pergi ke seting Bluetooth pada peranti anda. Contohnya, pada Mac anda, pilih menu Apple () > Keutamaan Sistem, kemudian klik Bluetooth. Pastikan Bluetooth dihidupkan.

  3. Pilih fon kepala anda daripada senarai peranti Bluetooth yang ditemukan.

Gandingkan dengan peranti Android

Jika anda mempunyai peranti Android, ikuti langkah ini:

  1. Dapatkan app Beats untuk Android.

  2. Tekan butang kuasa selama 5 saat. Apabila Fuel Gauge berkelip, fon kepala anda dapat ditemukan.

  3. Pilih Sambung pada peranti Android anda.

Gunakan fon kepala anda

Ketahui cara memainkan muzik, mengubah kelantangan dan menjawab panggilan.

Butang Solo 3 Wireless
No alt supplied for Image

Mainkan muzik

Untuk memainkan muzik, gunakan butang "b"No alt supplied for Image pada cuping kiri, atau gunakan butang tengah pada kabel RemoteTalk dalam mod berwayar.

  • Untuk menjeda atau memainkan runut, tekan sekali.

  • Untuk melangkau ke runut seterusnya, tekan dua kali. Untuk melangkau ke belakang, tekan tiga kali.

  • Untuk mengimbas ke hadapan melalui runut, tekan dua kali dan tahan pada tekanan kedua. Untuk mengimbas ke belakang melalui runut, tekan tiga kali dan tahan pada tekanan ketiga.

Ubah kelantangan

Untuk mengawal kelantangan main balik, gunakan butang kelantangan pada cuping kiri atau kabel RemoteTalk. Untuk mengawal kelantangan panggilan, gunakan kawalan kelantangan pada telefon anda.

  • Tekan dan lepaskan butang kelantangan tinggi atau tekan dan tahan untuk meninggikan kelantangan secara berterusan.

  • Tekan dan lepaskan butang kelantangan rendah atau tekan dan tahan untuk merendahkan kelantangan secara berterusan.

No alt supplied for Image

Jawab panggilan

Untuk menjawab panggilan telefon, gunakan butang "b"No alt supplied for Image pada cuping kiri, atau butang tengah pada kabel RemoteTalk.

  • Untuk menjawab atau menamatkan panggilan, tekan sekali.

  • Untuk menjawab panggilan masuk yang kedua dan menunda panggilan pertama, tekan sekali. Apabila terdapat dua panggilan aktif, tindakan ini akan menukar antara kedua-dua panggilan tersebut.

  • Untuk menolak panggilan masuk, tekan dan tahan selama 1 saat.

  • Untuk berhenti daripada mendengar melalui fon kepala anda dan menghantar panggilan kepada telefon, tekan dua kali.

No alt supplied for Image

Kawalan bebas tangan

Untuk mengaktifkan Siri pada peranti iOS anda atau ciri perintah suara pada peranti lain, gunakan butang "b"No alt supplied for Image pada cuping kiri, atau butang tengah pada kabel RemoteTalk. Tekan dan tahan sahaja sehingga anda mendengar bunyi, kemudian sebutkan perkara yang anda perlukan.

Set semula fon kepala anda

Jika anda mempunyai masalah bunyi, Bluetooth atau pengecasan pada fon kepala, anda mungkin ingin mengeset semula fon kepala tersebut.

Ketahui lebih lanjut

Baca tentang cara menyelesaikan masalah kualiti audio fon kepala anda.

Gunakan app Beats untuk Android.

Tarikh Diterbitkan: