Guna iPhone anda selepas servis

Berikut maklumat tentang cara menggunakan iPhone anda selepas servis.

  1. Rekodkan nombor siri iPhone pengganti anda. Bahagian atau produk anda yang diservis diliputi oleh waranti servis 90 hari atau baki waranti produk asal atau pelan AppleCare anda, mana-mana yang lebih panjang. Undang-undang pengguna mungkin dikenakan pada produk anda yang telah diservis atau digantikan, jika ada.

  2. Cas iPhone anda.

  3. Masukkan kad SIM ke dalam iPhone anda, jika iPhone anda menggunakan kad SIM. Jika iPhone anda menggunakan eSIM, hubungi penyedia perkhidmatan wayarles anda untuk menyediakan eSIM baharu anda.

  4. Pulihkan iPhone anda daripada sandaran iCloud atau sandaran pada komputer anda.

  5. Semak senarai peranti Apple ID anda untuk mengesahkan bahawa anda telah log masuk.

© 2024 Apple Inc. Hak cipta terpelihara. Apple, logo Apple, iPhone, dan iTunes merupakan tanda dagang Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara dan rantau lain. AppleCare merupakan tanda perkhidmatan Apple Inc., didaftarkan di A.S. serta negara dan rantau lain. Nama produk dan syarikat lain yang disebut dalam ini merupakan tanda dagang syarikat masing-masing.

Tarikh Diterbitkan: