Gunakan fon telinga PowerBeats Pro anda selepas diservis

Ketahui cara menggunakan fon telinga Powerbeats Pro anda selepas diservis.

Sediakan Powerbeats Pro anda yang telah diservis atau digantikan

  1. Letakkan kedua-dua fon telinga Powerbeats Pro ke dalam sarung pengecasan anda. Pastikan penutup dibuka.

  2. Periksa lampu status LED pada bahagian tepi sebelah hadapan sarung. Lampu status mestilah berkelip warna merah.

  3. Tekan dan tahan butang sistem pada bahagian dalam sarung selama 5 saat. Lampu status mestilah berkelip warna putih. Jika lampu status masih berkelip warna merah, sambungkan sarung kepada sumber kuasa, tutup penutup dan tunggu selama 20 minit.

  4. Gandingkan Powerbeats Pro anda dengan peranti anda.

Gandingkan dengan iPhone

  1. Dengan fon telinga anda masih di dalam sarung dan sarung masih terbuka, pegang Powerbeats Pro di sebelah iPhone anda yang tidak berkunci. Animasi persediaan muncul pada iPhone anda.

  2. Ikut arahan pada skrin.

Gandingkan dengan peranti lain

  1. Pastikan anda mendayakan Bluetooth pada peranti anda.

  2. Dengan fon telinga anda masih di dalam sarung dan sarung masih terbuka, tekan dan tahan butang sistem pada Powerbeats Pro anda sehingga LED berkelip.

  3. Buka menu Bluetooth pada peranti anda. Contohnya, pada Mac anda, pilih menu Apple () > Keutamaan Sistem, kemudian klik Bluetooth.

  4. Dalam senarai peranti Bluetooth yang ditemui, ketik atau klik Powerbeats Pro anda.

© 2021 Apple Inc. Hak cipta terpelihara. Apple dan logo Apple merupakan tanda dagangan Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara dan rantau lain. AppleCare merupakan tanda perkhidmatan Apple Inc., didaftarkan di A.S. serta negara dan rantau lain. Beats, Beats by Dr. Dre dan logo b bulat ialah tanda dagang/tanda perkhidmatan Beats, iaitu satu subsidiari Apple.
Tarikh Diterbitkan: