Hantar produk Beats anda ke Apple untuk diservis

Selepas anda menghubungi Apple untuk servis*, anda akan menerima kit yang mengandungi semua item yang anda perlukan untuk memulangkan produk anda kepada Apple.

Sebelum anda memulangkan produk Beats asal anda

Alih keluar produk Beats anda daripada Akaun Apple anda:

  1. Dalam app Cari, pilih tab Peranti, kemudian pilih produk Beats anda.

  2. Leret ke atas dan ketik Alih Keluar Peranti ini, kemudian ketik Alih Keluar untuk membuat pengesahan.

Bungkuskan produk Beats anda

Apabila anda membungkus produk Beats anda, jangan masukkan barang lain dalam kotak — seperti hujung telinga, kabel pengecasan atau aksesori lain. Jika anda berbuat demikian, item tersebut tidak akan dikembalikan kepada anda.

Fon kepala atau fon telinga Beats dan sarung pengecasan

  1. Jika anda menghantar fon putik, letakkan fon putik ke dalam sarung pengecasan.

  2. Letakkan produk Beats anda dalam beg fiber putih.

  3. Dalam kotak pengiriman, buka sisipan kadbod, kemudian letakkan produk yang dibungkus di tapak kotak dan tutup sisipan. Jangan letak produk Beats anda di dalam kotak tanpa membuka sisipan.

  4. Tutup kotak pengiriman dan kedapkan kotak dengan pita yang disediakan. Pastikan pelekat bateri ditampal rata pada kotak dan tidak terhalang oleh pita atau label pengiriman.

Beats Pill

  • Jika terdapat beg yang disediakan, letakkan Beats Pill anda di dalam beg sebelum meletakkan Beats Pill di dalam kotak.

  • Pastikan pelekat bateri ditampal rata pada kotak dan tidak ditutup oleh pita atau label pengiriman.

Kirim produk Beats anda ke Apple

  1. Cari nama kurier pada label pengiriman pemulangan.

  2. Lawati laman web kurier untuk menjadualkan pengambilan atau mencari lokasi penyerahan.

Pastikan anda mendapatkan resit daripada kurier untuk mengesahkan bahawa anda telah menghantar produk Beats anda untuk diservis. Apple tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan semasa pengiriman.

*Perkhidmatan penghantaran untuk servis mungkin tidak tersedia di semua negara atau wilayah.

Tarikh Diterbitkan: